Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Gambar: Koleksi Sendiri Kelmarin saya ada pemeriksaan rutin di klinik. Alhamdulillah, bacaan Hb (hemoglobin) dalam darah dah ok (11.6). Sebelum ini bacaan Hb berada antara 10.3-10.7 sahaja, menandakan darah kita cair. Bacaan normal mestilah antara 11-13. Puaslah jururawat tu pesan suruh makan itu ini dan cerita tentang keburukan Hb rendah kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Cara saya meningkatkan kandungan Hb dalam darah:- 1. Tukar dari 4 jenis pil Hematinik yang klinik bagi tu kepada Zincofer yang lebih tinggi kandungan zat besi. Makan pil Zincofer tu 2 jam sebelum atau 2 jam selepas makan dengan air jus atau air masak. Jangan ambil pil dengan susu. Saya ambil dengan jus oren sebab nak bagi hilang rasa loya. 2. Seminggu sekali meratah kerang cicah sos cili atau sambal kicap perah limau. Haruslah lepas ni muak tengok si kerang tu. 3. Minum Mineral Coffee setiap pagi. Saya memang suka minum kopi atau teh (saya tak cerita kat juru