Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Dropship Projek Duit Raya

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Bila nampak perkataan 'raya' selalunya orang ingat hari raya sahaja kan. Saya bukan hendak cerita tentang hari raya kerana S yawal telah berlalu,  hari ini sudah masuk 2 Zulkaedah 1435H. Bagaimana hendak dapat duit raya setiap masa? Dengan menyertai  Dropship Makanan Sunnah & Projek Duit Raya. Pakej dropship 2 dalam 1 ini disediakan oleh ABDR. Walaupun namanya 'projek raya' tetapi produk yang ditawarkan mempunyai permintaan sepanjang tahun , produk yang semua orang suka dan guna. Jadi  anda sebagai agen boleh dapat duit raya setiap masa :)  Siapa yang sesuai untuk bisnes ini?   suri yang mahu memulakan bisnes tetapi tiada produk. suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah. suri yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan. suri yang malas keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos. Suri rumah atau suri bekerja yang mahu belajar menjana pendapatan sampingan sebagai agen dropship Akademi Bekerja Di

Perbezaan Cerpen dan Novel

Imej
Catatan ini mungkin bukan untuk bacaan penulis. Tetapi lebih kepada bacaan orang awam yang masih keliru. Apakah bezanya karya yang dipanggil cerpen dan novel? Kedua-duanya karya kreatif, perlukan kreativiti dan perlukan penulis memerah dan mengolah ilham menjadikan ia suatu kisah yang menarik. Cerpen sebagaimana namanya, cerita pendek tentulah menggunakan semua aspek penulisan yang ringkas. Namun begitu, tidak bermakna semua hasil tulisannya adalah hasil tangkap muat dan asal siap sahaja.  Novel pula tidak mempunyai perkataan maksima tetapi kebiasannya ia dikira berdasarkan jumlah muka surat. Terpulang kepada kehendak penerbit sesebuah penerbitan. Kebiasaannya mereka meletakkan daripada 400 - 500 muka surat. Bagi novel remaja ia mungkin mencecah 200 - 250 muka surat dan novel kanak-kanak ialah 150 muka surat. Cerpen biasanya dipaparkan di dalam akhbar berukuran semuka penuh. Jika di dalam majalah, ia mungkin mengambil beberapa muka surat. Ada juga novel yang diterbitkan

Promosi Bengkel Asas Akaun

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Berita baik kepada sahabat bisnes yang berada di sekitar Shah Alam, Selangor dan Bukit Katil, Melaka. ABDR akan mengadakan bengkel asas akaun offline, jadi anda dapat bersemuka dengan guru akaun untuk bertanyakan kemusykilan pengurusan akaun bisnes anda. Tarikh: 6 September 2014, Sabtu Lokasi: Shah Alam, Selangor Masa: 9.30pg - 5.30ptg Tarikh: 13 September 2014, Sabtu Lokasi: Bukit Katil, Melaka Masa: 9.30pg - 5.30ptg Yuran promosi hanya RM 199.00 Makan tengahari dan air mineral disediakan. Modul: 1. Pengenalan book keeping and accounting 2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer 3. How to do record keeping 4. Basic costing and pricing. Bagaimana anda meletakkan harga? 5. Profit & Loss. Anda untung atau rugi? 6. Case Study (full set of Bookeeping). case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping. Sahabat bisnes yang ingin menyertai bengkel ini, boleh menghubungi saya untuk tempahan

Cara-cara mendisiplinkan anak

Teks: Ruslinda Abdul Jalil Setiap pagi sebelum menghantar anak ke nursery, saya akan cium dan peluk anak kuat-kuat. Terasa sayu hendak melepaskan mereka tetapi saya perlu membenarkan mereka belajar bergaul dengan rakan-rakan, belajar akademik dan kerohanian Islamik serta berdikari walaupun baru berusia 5 dan 4 tahun. Jika ada masa terluang dari kekangan kerja, saya suka membaca ilmu keibubapaan ( parenting) supaya saya juga dapat belajar untuk  menjadi ibu terbaik buat mereka. In shaa Allah. Cara-cara mendisiplinkan anak Sumber: Perkongsian FB 1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas. 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena mpar anak menggunakan tangan kita. Nanti anak menjadi bertambah degil dan nakal serta tidak terkawal. 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak . Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah de

Kelas Asas Blog dan Penulisan

Teks: Ruslinda Abdul Jalil Asyik bercerita tentang blog bisnes sahaja kan. Sebenarnya di ABDR ada  Kelas Asas Blog dan Penulisan di mana anda  belajar menulis cerpen atau novel menggunakan penulisan kreatif dan lenggok bahasa yang sesuai. Bagi anda yang ada cita-cita untuk menjadi penulis cerpen atau novel, boleh mula belajar menulis  dan mengasah bakat dalam kelas penulisan kreatif anjuran ABDR. Kelas ini akan diajar oleh salah seorang  antara dua novelis hebat tanah air. Kelas juga lebih mudah dan santai kerana hanya atas talian  sahaja. Kelebihan Kelas Asas Blog dan Penulisan 1) Kelas dijalankan 100 % atas talian (online). 2) Masa belajar yang  fleksibel. 3) Tidak perlu keluar rumah atau pejabat untuk menghadiri kelas. 4) Menulis cara santai tetapi masih mengekalkan Bahasa Melayu formal.  5) Komunikasi dengan guru online secara one to  one (personal coaching).  6) Nota dan tutorial bergambar disediakan  dalam kumpulan kelas online. 7)  Mengetahui teknik menulis

Baju Kurung Moden Ala Jubah

Imej
Design Baju :  Baju Kurung Moden,  Kain Potongan Princess Cut Material : Soft Lycra Harga : RM 150 Free PosLaju Stok tersedia saiz X S34 - XXL44 Hitam Kelabu Ungu Hubungi saya untuk tempahan. Email:  ruslindajalil@gmail.com Sms / Whatsapp: 013-2006586 FB  Butik Fesyen Wanita Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Kari Ikan Sempoi

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Gambar: Koleksi Peribadi Tadi jam 9 pagi saya dah masak untuk tengahari sebab En. Suami keluar kerja awal. Saya buat menu dengan bahan yang ada dalam peti sejuk sahaja, tak sempat dah nak ke kedai. Saya bagi nama 'Kari Ikan Sempoi' sebab tidak banyak bahan yang digunakan. Kalau nak lagi sedap dan menarik, mestilah banyak lagi bahan yang kena letak kan. Bahan-bahan: 2  kepala ikan tongkol - dibelah jadi 4 ketul 4 camca serbuk kari ikan - di bancuh dengan 1 cawan air 2 ulas bawang kecil - di hiris 1 ulas bawang putih - di hiris 1 cawan air 1 camca kecil garam Bahan optional - saya tak letak semua ni sebab nak sempoi :-) : Santan Daun kari Halia Halba campuran (halba, biji sawi, jintan) Air asam jawa Bendi / tomato / terung Cara memasak: Tumis bawang kecil dan bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan bancuhan serbuk kari. Biar mendidih dan kacau hingga naik minyak. Masukkan 1 cawan air dan ke

Kepentingan Blog

Teks: Ruslinda Abdul Jalil Sebelum terlibat dalam bisnes online dan menyertai ABDR, saya tidak ada blog atau facebook. Bagi saya ia bukan satu kepentingan kerana saya seorang yang pendiam dan tidak suka 'expose'. Bila dah mula berjinak-jinak dalam bisnes online sebagai persediaan untuk bersara awal, saya perlukan platform untuk memasarkan produk saya. KENAPA BISNES ONLINE MEMERLUKAN BLOG? Sekiranya kita hanya mempunyai facebook bagi market bisnes online, apa yang kita tulis tentang bisnes kita hanya pembaca dan pelanggan yang "LIKE" page saja yang boleh membacanya. Itupun bukan semua yang buka untuk membacanya, hanya segelintir sahaja yang membaca.  Jika menggunakan blog, apa sahaja yang kita tulis dan post boleh di akses, dijumpai dan dibaca o leh sesiapa sahaja melalui enjin carian. Berapa ramai yang sudah ada bisnes tapi masih belum membina blog kedai.  Mari kita luaskan pasaran produk kita dengan mempromosi bukan hanya di facebook sahaja tapi

Panduan Keselamatan Dan Penjagaan Tayar Motorsikal

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Sumber/gambar: JKJR Tiba-tiba nak cerita pasal tayar pulak. Saya adalah pengguna tegar motorsikal untuk pergi balik kerja atau ke mana-mana jika tidak bawa anak-anak kerana perjalanan lebih mudah dan cepat. Boleh menyelit di tengah kesesakan lalulintas yang tidak pernah surut di Kuala Lumpur ni. Motorsikal juga adalah 'kekasih' pertama saya selepas mendapat kerja. Dialah peneman saya ke sana-sini. Tapi saya tidak mahir sangat tentang motorsikal, asalkan saya hantar dia servis bila sampai masa yang ditetapkan dan tidak melanggar lubang yang menyentap 'alignment' dia, saya rasa dia ok (hahaha).  Sempena musim perayaan ni, banyak kempen keselamatan jalanraya dijalankan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai supaya berhati-hati dan menggunakan peralatan yang berkualiti demi keselamatan. Kebanyakan kempen diadakan di plaza tol dan stesen minyak kerana menjadi tempat tumpuan ramai. Biasanya pihak yang terlibat adalah Kementerian Pengang

Pap Smear

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Gambar: Google Sehari sebelum raya, saya terima panggilan telefon dari klinik kesihatan. Cuak! Ingatkan ada hal kecemasan. Rupanya nurse suruh datang buat ujian pap smear. Kali terakhir saya buat ujian pada tahun 2011, itupun sebab terpaksa kerana saya ikut perancang keluarga klinik ini. Selepas melahirkan anak kedua pada Disember 2010, saya dinasihatkan merancang keluarga kerana jarak usia anak agak rapat. Tahun pertama saya ambil Noriday kerana masih breastfeed dan tahun berikutnya saya diberi Rigevidon. Saya dah berhenti mengambil perancang awal tahun ini kerana bercadang untuk menambah ahli keluarga lagi. Anda dah buat ujian pap smear? Takut dan ngeri? Mari saya ceritakan pengalaman saya. Walaupun malu tetapi demi kesihatan jangka panjang semua wanita mesti menjalani ujian ini. Cuma 5 minit sahaja tanpa bius dan bedah. Tarik nafas dan bertenang ok. Prosedur ini tidak menyakitkan cuma rasa tidak selesa. Ingat, u jian ini penting untuk mengesan k

Seronoknya Raya di Kampung

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Gambar: Koleksi Peribadi Hari ini ramai suri bekerjaya sudah memulakan tugas di pejabat seperti biasa. Pasti rasa malas dan berat hendak memulakan langkah kerja, maklumlah lemak dalam badan bertambah hasil makan lemang, ketupat, rendang dan masakan mak yang sedap tu. Tahun ini saya beraya di rumah mertua di Kedah bersama ipar-duai. Di utara sekarang musim buah, jadi puaslah kami makan rambutan, manggis, cempedak dan petai sampai kuku jadi kuning (sebab getah buah la). Selain menziarah rumah saudara mara untuk mengeratkan silaturahim, kami juga mengadakan aktiviti keluarga dan sukaneka kecil-kecilan untuk menggembirakan anak-anak. Semua orang seronok sebab dapat hadiah. Let the pictures talk!. Acara Kanak-Kanak: rebut gula-gula, rebut buah rambutan, bawa bola dalam sudu dan cari syiling dalam tepung. Acara Dewasa: bowling kelapa, baling belon air dan cari syiling dalam tepung. Hoooreyyy! Semua dapat hadiah. Acara Malam: Barbecue kambing,